Isnin, 8 Disember 2014

Memenuh Hati Mengaji Al-Quran


Tawakal Yang Salah

Mari Mengenali Apa Yang Maksud Tawakal Yang Salah

   
 " Berlaku pada zaman Syayidina Umar, dimana sekumpulan ahli ibadah, hanya beribadat kepada Allah Sayidina Umar bertanya, " Siapa gerangan kamu ?"
Mereka menjawab " Kami adalah orang yang bertawakal kepada Allah"
Sayidina Umar menjawab " Kamu bukan orang yang bertawakal kepada Allah.
Kamu adalah orang yang suka makan dan kaki makan, kerana tidak berusaha.
Hanya mengharapkan bantuan orang lain.

Ahad, 7 Disember 2014

Kelas Mengaji Di Taman Desa Kuala Lumpur




Terbuka untuk semua peringkat


Kelas Mengaji Ke Rumah 
Ustaz @ Ustazah

alhamdullilah kelas mengaji kami masih operasi dari 2013 hingga  Jun 2016
terima kasih pada semua pelajar yang masih mengguna perkhidmatan kami



Mari Hayati 
Senyuman satu sedekah 







Kenali Allah s.w.t dengan Asmaul Husna

Kenali dirimu maka kamu akan mengenali Tuhanmu. Begitu bait pepatah yang sering kita dengar. Barangkali sekarang pepatah itu akan berbunyi " KENALI ASMAUL HUSNA MAKA KAMU AKAN MENGENALI ALLAH"

Mengapa Allah patut dikenali?

Allah adalah Tuhan Yang Maha Memiliki semua sifatdi dunia, Allah Maha
Lembut, Pengasih, Mengetahui, Memahami dan Menguasai. Semua sifat itu ada pada-nya.


Isnin, 1 Disember 2014

Kelas Solat


Kelas Solat diadakan pada hari Jumaat yang lepas 28-11-2014

Alhamdullilah kelas solat untuk kanak-kanak dapat dilakukan dengan baik oleh
pengajar ustaz & ustazah. Disini pengajar mengajar cara sembahyang yang betul
dan memperbaiki cara sembahyang. Sembahyang Tiang Agama. Marilah sama-sama
mendidik generasi muda ke arah kebaikan.












Kelas diadakan pada hari Jumaat bermula 8.00mlm hingga 10.00mlm. Kanak gembira selepas penat belajar , dijamu makanan alas perut sebelum balik.


SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK BUAT KUMPULAN KANAK KANAK
BELAJAR SOLAT BOLEH HUBUNGI KAMI 012-2956290 / 012-2081447
CALL / SMS / Whatsapp

Syarat - syarat

  • Sediakan pelajar maximum 10 orang
  • Pelajar tidak boleh campur - Kumpulan Lelaki / Perempuan (10 orang)
  • Boleh mengguna kelas kami di Taman Desa / ditempat anda
  • Kami menyedia pengajar ustaz (pelajar lelaki) / ustazah ( pelajar perempuan)


YURAN HANYA RM30.00 SAHAJA
3 JAM BELAJAR ( 1 HARI)


Suasana Kelas




Kelas Maximum 5 pelajar sahaja. Kelas berhawa dingin memastikan pelajar selesa mengikuti kelas

Kelas Kami



Kelas Anwari bermula dengan 6 pelajar kanak-kanak dan 3 dewasa. Dengan 2 pengajar bertungkus lumus memastikan kanak-kanak boleh membaca. Alhamdulilah ibu bapa / penjaga
perihatin menghantar anak belajar mengaji. Mengaji adalah asas seorang muslimin dan muslimat
yang sentiasa mendekati Allah. Setiap kali kita sedih dan berduka bacalah Al-Quran. Insyaallah hati
tenang. Jadilah amalan membaca Al-Quran seharian dan basahi bibir dengan membacanya.

Selasa, 18 November 2014

Tempat Kami


Kami Disini

Kelas Anwari
No. 10-2 Jalan 3/109c,
Taman Abadi Indah Jalan Klang Lama,
58100 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan

Berminat untuk mengaji sila hubungi :-

CALL / SMS / Whatsapp


012-2956290 Pn Fardila
012-2081447 Pn Ena


Hikmah Membaca Al-Quran




Assalammualaikum

Mari Mengaji Iqra & Al-Quran

Hikmah Membaca Al-Quran

Rasulullah bersabda :

" Sesungguhnya orang yang di rongganya Tidak terdapat sedikit pun AL-QUR'AN adalah seperti rumah yang rusak." (HR. Ahmad, At Tirmidzi)


Bila kita Membaca dan Mengamalkan AL-QUR'AN Rumah itu akan terasa luas bagi penghuninya, akan di datangi Malaikat, di jauhi syaitan dan akan membanjir pula di dalamnya Kebaikan.


Sebaliknya, jika kita Tidak pernah Membacanya al-quran Rumah itu akan terasa Sempit bagi penghuninya, akan di jauhi Malaikat dan di datangi syaitan serta tidak banyak Kebaikan.


Sesungguhnya AL-QUR'AN adalah Tali ALLAH, Cahaya, Penyembuh yang sangat Mujarab, Pelindung bagi orang-orang yang berpegang padanya, Penyelamat bagi orang yang mengikutinya, Tidak Membelokkan tapi Meluruskan kita.


KEAJAIBAN-KEAJAIBAN AL-QUR'AN tidak akan pernah habis, dan tidak pernah membosankan meski dibaca berulang-ulang.


Untuk itu Bacalah Ia, Karena sesungguhnya ALLAH akan memberikan PAHALA atas bacaan tersebut, yang setiap Hurufnya berpahala Sepuluh Kebaikan.    

Bukan Aliif Laam Miin (sebagai satu kata), Tetapi Alif , Lam , dan Mim dengan setiap hurufnya sepuluh kebaikan.

Rasulullah bersabda :

" Sesungguhnya Allah mempunyai para Ahli dari umat manusia yaitu Orang yang ahli Al-Qur'an." (HR. Ad-Darimi).